Wednesday, August 14, 2013

Taman Botani Putrajaya


Taman Botani Putrajaya terdapat lebih 700 spesis tumbuhan daripada benua-benua yang berbeza di dunia, taman yang menarik ini berfungsi sebagai kawasan perlindungan selain pusat pembelajaran dan kajian bagi khazanah negara yang tak ternilai. Fakta yang menarik tentang taman ini adalah mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila ia tersenarai antara 40 buah taman yang tercantik di Asia oleh buku Paradise Found.


 Nyaman dan hijau dengan pemandangan kanopi hutan sepanjang 170 meter.




Perkhidmatan tram disediakan untuk mengelilingi taman ini. Bagi yang inginkan privasi bolehlah berbasikal.


Terdapat juga dunia bunga-bungaan yang menakjubkan di pelbagai taman flora seperti koleksi tanaman Amerika Tropika, koleksi tanaman Afrika, tanaman Asia Pasifik dan Teduhan Ara yang cukup mempersonakan.




Menyusuri sisiran tasik kita akan temui Astaka Morocco yang unik dan mengagumkan. Seni binanya bercirikan warisan Magribi yang diinspirasikan dari tumbuh-tumbuhan. Dikenakan bayaran sebanyak RM3 seorang untuk masuk ke Astaka Morocco. 



Pusat interaktif pelawat yang menawarkan aktiviti pembelajaran mengenai alam tumbuh-tumbuhan










Taman Botani Putrajaya adalah taman terbesar seumpamanya di negara ini meliputi kawasan seluas 92 hektar.
Taman itu terbahagi kepada tiga bahagian, bunga-bungaan, taman hiasan dan penyelidikan. 
Taman itu mempunyai lebih 700 spesies bunga dan tanaman termasuk dari Malaysia, Asia Pasifik dan Afrika. 

Kawasan itu juga menyediakan tempat untuk pusat penyelidikan untuk memberi peluang masyarakat melihat pelbagai jenis tumbuhan-tumbuhan.
Ibu bapa juga boleh menggunakan tempat ini sebagai pusat rujukan dan pembelajaran kepada anak-anak mengenai tumbuh-tumbuhan. 

Taman Botani Putrajaya turut menyediakan pusat kepada pelawat selain pengunjung berpeluang meneroka pelbagai khazanah menarik di taman itu. 

Anda juga boleh membawa pulang koleksi untuk teman dan saudara mara di kedai cenderahati. 


INFO: 

Tempat-tempat menarik sekitar Taman Botani Putrajaya: 

1. Jambatan Putra 

Salah satu jambatan utama di Putrajaya dengan panjang 435 meter, ia menghubungkan pusat pentadbiran kerajaan dan kawasan komersial serta perumahan di Putrajaya. 

Jambatan itu turut mengambil idea daripada seni bina Islam iaitu Jambatan Khaju di Isfahan, Iran. 

Paling menarik di jambatan itu ialah menaranya yang lengkap dengan tempat untuk pelancong melihat kawasan sekitar Putrajaya. 

Jambatan itu turut menyediakan tempat untuk pejalan kaki, kenderaan dan monorel selain tempat untuk pendaratan bot. 


2. Masjid Putra 

Antara masjid tercantik di negara ini, pembinaannya yang menggunakan batu granit boleh memuatkan kira-kira 15,000 jemaah pada satu-satu masa. 

Ia turut mengambil idea daripada beberapa masjid terkenal di dunia antaranya Masjid Raja Hassan di Casablanca, Maghribi. 

Masjid itu terbahagi kepada tiga fungsi iaitu dewan solat, dewan utama dan kemudahan pembelajaran. 

Bilik solatnya ringkas, tetapi menggambarkan seni bina Islam yang menarik dan tempat paling tinggi ialah kubah iaitu 60 meter daripada lantai. 

Menaranya turut dipengaruhi reka bentuk Masjid Sheikh Omar di Baghdad. 

Dengan ketinggian 116 meter, ia antara menara masjid paling tinggi di negara ini. 

Bagaimana ke sana 

Anda boleh menggunakan kenderaan seperti kereta, teksi, bas atau perkhidmatan keretapi laju, ERL. 

Taman Botani Putrajaya terletak kira-kira 25km dari Kuala Lumpur dan 20km di utara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Tuesday, July 30, 2013

Logo

GUNUNG KINABALU DI MALAYSIA

Keindahan Gunung Kinabalu ,Gunung Tertinggi di Malaysia..


Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah, Malaysia merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan puncak tertinggi Pulau Borneo yang ketinggiannya mencecah 4,095 meter dari aras laut.  Gunung Kinabalu juga merupakan gunung kelima tertinggi di Asia Tenggara.  di belakang Hkakabo Razi di Myanmar (5881 m), Puncak Jaya (4884 meter), Puncak Trikora (4730 meter) dan Puncak Mandala (4700 meter) di Indonesia. Dan Gunung Kinabalu jugalah gunung keempat tertinggi di Kepulauan Melayu.



Dari segi persempadanan geografi, gunung Kinabalu merupakan adalah yang tertinggi di Asia Tenggara. Ini adalah kerana Hkakabo Razi terletak di banjaran Himalaya yang terletak di plat tetonik benua India, sementara Puncak Jaya, Puncak Trikora, dan Puncak Mandala pula terletak dibenua Oceania.


 

Terdapat beberapa pertikaian mengenai kedudukan ketinggian Gunung Kinabalu di Asia Tenggara, bergantung kepada cara pentakrifan ketinggian gunung dan sempadan Asia Tenggara. Puncak Raya (juga dikenali sebagai Piramid Carstenz) telah diiktiraf sebagai puncak tertinggi di "Oceania".


 Indonesia dari segi politik umumnya dianggap sebahagian daripada Asia Tenggara, tetapi dari segi geologi dianggap sebahagian "Oceania" - disebabkan Indonesia tidak bercantum secara fizikal dengan benua Asia.

 


Gunung Kinabalu mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung.
Gunung Kinabalu merupakan lambang kemegahan kepada setiap penduduk yang tinggal di Sabah. Sesetengah penduduk menganggap Gunung Kinabalu ini merupakan gunung yang dapat memberikan semangat juang dan satu padu rakyat Sabah.


 


 Gunung Kinabalu banyak menyimpan cerita dan kisah-kisah yang misteri. Menurut kepercayaan masyararakat Kadazan Sabah, Gunung Kinabalu merupakan tempat bersemadinya semangat mereka selepas meninggal dunia.



Ciri Fizikal

 

Permukaan asal Gunung Kinabalu terdiri daripada batu-batu sedimen yang terdedah kepada hakisan selama lapan hingga 12 juta tahun. Hakisan yang berterusan itu akhirnya mendedahkan batuan pluton yang lebih tegar.




 

Kesemua puncak tinggi di dunia dilitupi ais tebal pada waktu kuartenar atau zaman air batu yang berlaku kurang daripada satu juta tahun lalu termasuklah Gunung Kinabalu yang ketika itu sama paras dengan gunung-gunung di Banjaran Himalaya. Ketika waktu itu puncak Kinabalu diliputi ais dan berlaku pergerakan glasier. Kesan pergerakan glasier boleh dilihat di kawasan Pinausok Gravel iaitu satu tempat yang terletak antara Kundasang dan Ranau.

Lagenda 

 
 
Seperti mana-mana gunung tinggi diseluruh dunia, Gunung Kinabalu juga tidak terlepas dari cerita-cerita mistik dan lagenda yang unik. Kaum Kadazandusun yang menetap disekitar wilayahKundasang dan Ranau di Sabah telah menyifatkan diri mereka sebagai penjaga dan pelindung Gunung Kinabalu untuk sekian lama, mereka mempercayai tanah sekitar, hutan, air dan Gunung Kinabalu itu sendiri merupakan tanah suci yang perlu dipelihara sentiasa, mereka juga mempercayai bahawa roh-roh nenek moyang mereka yang telah mati kini berada dan berehat-rehat di Gunung Kinabalu dan sekitarnya.

 

 Awalnya, aktiviti meneroka dan mendaki Gunung Kinabalu adalah suatu perbuatan yang ditegah sama-sekali oleh kaum Kadazandusun, hal ini bagi mengelakkan roh-roh nenek moyang mereka dari menjadi marah dan mungkin akan mengganggu penduduk setempat serta pendaki.



Namun pada tahun 1851, seorang Gabenor British di Labuan yang bernama Sir Hugh Low telah memulakan ekpedisi perjalanan dakian ke Gunung Kinabalu dengan hasrat untuk berkompromi dengan semua penduduk tempatan untuk mempersembahkan korban bagi menenangkan jiwa roh-roh nenek moyang mereka.

Perkataan "Kinabalu" asalnya merupakan perkataan kaum Kadazandusun yang dicampurkan antara perkataan "Aki' Nabalu", yakni "Aki" membawa maksud nenek moyang, manakala "Nabalu" beerti gunung, "Gunung Nenek Moyang" dalam bahasa Melayu. Atau secara tepat lagi gunung yang menjadi tempat persemadian roh-roh nenek moyang kaum Kadazandusun.


 


Menurut lagenda kaum Kadazandusun, dewa tertinggi telah menciptakan dunia dan Gunung Kinabalu, ianya bermula dari mitos naga yang menjaga harta karun mutiara. Kesahan cerita ini dapat anda rasakan ketika anda berada di puncak-puncak tertinggi di Gunung Kinabalu, lebih-lebih lagi ketika anda dalam keadaan sunyi sepi dengan iklim yang lembab, pemandangan awan yang bergerak perlahan dan bunyi tiupan angin yang kuat. Para pendaki adalah dinasihatkan agar sentiasa menjaga tatatertib dengan baik ketika mendaki, Etika pemakaian perlu dijaga, tidak membuat bunyi bising, tidak memanggil-manggil nama orang sesuka hati, tidak marah atau gelak terbahak-bahak