Tuesday, July 30, 2013

Logo

GUNUNG KINABALU DI MALAYSIA

Keindahan Gunung Kinabalu ,Gunung Tertinggi di Malaysia..


Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah, Malaysia merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan puncak tertinggi Pulau Borneo yang ketinggiannya mencecah 4,095 meter dari aras laut.  Gunung Kinabalu juga merupakan gunung kelima tertinggi di Asia Tenggara.  di belakang Hkakabo Razi di Myanmar (5881 m), Puncak Jaya (4884 meter), Puncak Trikora (4730 meter) dan Puncak Mandala (4700 meter) di Indonesia. Dan Gunung Kinabalu jugalah gunung keempat tertinggi di Kepulauan Melayu.



Dari segi persempadanan geografi, gunung Kinabalu merupakan adalah yang tertinggi di Asia Tenggara. Ini adalah kerana Hkakabo Razi terletak di banjaran Himalaya yang terletak di plat tetonik benua India, sementara Puncak Jaya, Puncak Trikora, dan Puncak Mandala pula terletak dibenua Oceania.


 

Terdapat beberapa pertikaian mengenai kedudukan ketinggian Gunung Kinabalu di Asia Tenggara, bergantung kepada cara pentakrifan ketinggian gunung dan sempadan Asia Tenggara. Puncak Raya (juga dikenali sebagai Piramid Carstenz) telah diiktiraf sebagai puncak tertinggi di "Oceania".


 Indonesia dari segi politik umumnya dianggap sebahagian daripada Asia Tenggara, tetapi dari segi geologi dianggap sebahagian "Oceania" - disebabkan Indonesia tidak bercantum secara fizikal dengan benua Asia.

 


Gunung Kinabalu mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung.
Gunung Kinabalu merupakan lambang kemegahan kepada setiap penduduk yang tinggal di Sabah. Sesetengah penduduk menganggap Gunung Kinabalu ini merupakan gunung yang dapat memberikan semangat juang dan satu padu rakyat Sabah.


 


 Gunung Kinabalu banyak menyimpan cerita dan kisah-kisah yang misteri. Menurut kepercayaan masyararakat Kadazan Sabah, Gunung Kinabalu merupakan tempat bersemadinya semangat mereka selepas meninggal dunia.



Ciri Fizikal

 

Permukaan asal Gunung Kinabalu terdiri daripada batu-batu sedimen yang terdedah kepada hakisan selama lapan hingga 12 juta tahun. Hakisan yang berterusan itu akhirnya mendedahkan batuan pluton yang lebih tegar.




 

Kesemua puncak tinggi di dunia dilitupi ais tebal pada waktu kuartenar atau zaman air batu yang berlaku kurang daripada satu juta tahun lalu termasuklah Gunung Kinabalu yang ketika itu sama paras dengan gunung-gunung di Banjaran Himalaya. Ketika waktu itu puncak Kinabalu diliputi ais dan berlaku pergerakan glasier. Kesan pergerakan glasier boleh dilihat di kawasan Pinausok Gravel iaitu satu tempat yang terletak antara Kundasang dan Ranau.

Lagenda 

 
 
Seperti mana-mana gunung tinggi diseluruh dunia, Gunung Kinabalu juga tidak terlepas dari cerita-cerita mistik dan lagenda yang unik. Kaum Kadazandusun yang menetap disekitar wilayahKundasang dan Ranau di Sabah telah menyifatkan diri mereka sebagai penjaga dan pelindung Gunung Kinabalu untuk sekian lama, mereka mempercayai tanah sekitar, hutan, air dan Gunung Kinabalu itu sendiri merupakan tanah suci yang perlu dipelihara sentiasa, mereka juga mempercayai bahawa roh-roh nenek moyang mereka yang telah mati kini berada dan berehat-rehat di Gunung Kinabalu dan sekitarnya.

 

 Awalnya, aktiviti meneroka dan mendaki Gunung Kinabalu adalah suatu perbuatan yang ditegah sama-sekali oleh kaum Kadazandusun, hal ini bagi mengelakkan roh-roh nenek moyang mereka dari menjadi marah dan mungkin akan mengganggu penduduk setempat serta pendaki.



Namun pada tahun 1851, seorang Gabenor British di Labuan yang bernama Sir Hugh Low telah memulakan ekpedisi perjalanan dakian ke Gunung Kinabalu dengan hasrat untuk berkompromi dengan semua penduduk tempatan untuk mempersembahkan korban bagi menenangkan jiwa roh-roh nenek moyang mereka.

Perkataan "Kinabalu" asalnya merupakan perkataan kaum Kadazandusun yang dicampurkan antara perkataan "Aki' Nabalu", yakni "Aki" membawa maksud nenek moyang, manakala "Nabalu" beerti gunung, "Gunung Nenek Moyang" dalam bahasa Melayu. Atau secara tepat lagi gunung yang menjadi tempat persemadian roh-roh nenek moyang kaum Kadazandusun.


 


Menurut lagenda kaum Kadazandusun, dewa tertinggi telah menciptakan dunia dan Gunung Kinabalu, ianya bermula dari mitos naga yang menjaga harta karun mutiara. Kesahan cerita ini dapat anda rasakan ketika anda berada di puncak-puncak tertinggi di Gunung Kinabalu, lebih-lebih lagi ketika anda dalam keadaan sunyi sepi dengan iklim yang lembab, pemandangan awan yang bergerak perlahan dan bunyi tiupan angin yang kuat. Para pendaki adalah dinasihatkan agar sentiasa menjaga tatatertib dengan baik ketika mendaki, Etika pemakaian perlu dijaga, tidak membuat bunyi bising, tidak memanggil-manggil nama orang sesuka hati, tidak marah atau gelak terbahak-bahak

TAMAN NEGARA MALAYSIA


Taman Negara, Pahang


Taman Negara (National Park) adalah Cagar Alam resmi tertua di negeri ini, dan dahulu bernama King George V National Park. Diputuskan pada tahun 1938 oleh Sultan Kelantan, Pahang dan Terengganu (saat Perayaan Perak Raja George), kemudian tempat ini ditetapkan untuk melindungi alam asli sampai selama-lamanya. Taman ini kemudian dinamakan Taman Negara setelah kemerdekaan Malaysia pada tahun 1957.

Kegiatan paling populer di Taman Negara adalah berlayar dan trekking ke hutan. Jalur bernama titian kanopi atau 'canopy walk' wajib Anda lihat, karena menawarkan pemandangan dari dekat yang sangat fantastis ke aktivitas di kanopi hutan ini. Tempat pengamatan yang tersembunyi juga merupakan cara yang bagus untuk melihat margasatwa liar. Pondok-pondok sederhana yang dibangun tinggi di atas tanah memungkinkan tamu untuk bermalam, untuk mendapat kesempatan melihat berbagai satwa di habitat alami mereka. Jelajah gua juga tersedia, baik dengan perahu maupun jalan kaki.

Taman Negara ini merupakan salah satu hutan hujan tertua di dunia, diperkirakan telah berumur 130 juta tahun. Keanekaragaman dan berlimpahnya alam di sini sangat fenomenal, menjadikannya salah satu ekosistem yang terkaya sekaligus paling kompleks di dunia


Taman Negara terletak di antara sempadan 3 negeri iaitu PahangTerengganu, dan Kelantan, yang mana masing-masing memiliki kawasan milik sendiri. Taman Negara Pahang merupakan yang terbesar dengan keluasan 2,477 km², diikuti oleh Taman Negara Kelantan seluas 1,043 km², dan Taman Negara Terengganu seluas 853 km².

Taman ini menjadi sebuah destinasi eko-pelancongan terkenal di Malaysia. Terdapat banyak daya tarikan dari segi geologikal dan biologikal di taman ini. Gunung Tahan merupakan titik tertinggi di Semenanjung Malaysia terletak di Taman Negara, pendaki boleh menggunakanKuala Tahan atau Merapoh sebagai titik permulaan ekspedisi pendakian itu. Taman Negara mempunyai banyak haiwan mamalia yang jarang ditemui dan semakin pupus seperti harimautenuk,gajahrusababi hutanpelanduk, dan seladangSungai Tahan menjadi kawasan habitat kepada Ikan Kelah, sejenis ikan pertandingan.
Daya tarikan lain boleh ditemui di Kuala Tahan (tempat utama Taman Negara di Pahang) termasuk laluan kanopi, Gua Telinga, dan Lata Berkoh. Pengunjung dapat menikmati keindahan hutan hujan tropika, kicauan burung, ataupun merentas hutan (contoh: Tenor Rintis) dan pemandangan sungai ketika melalui Sungai Tahan.
Semua pengunjung mesti mendapatkan kebenaran/permit daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara sebelum menjejakkan kaki ke Taman Negara. Terdapat banyak hostel dan hotel di taman ini.
Pelancong ke Taman Negara juga boleh memilih untuk menyertai aktiviti memancing terutamanya di Lata Berkoh dan Sungai Kenyam. Terdapat 300 spesies ikan terutamanya dari keluarga kap seperti ikan kelisaikan kelah, dan lain-lain lagi banyak terdapat di sungai-sungai di Taman Negara. Pelancong juga boleh menyewa bot untuk aktiviti memancing dan sukan air.


Pintu masuk ke Taman Negara Malaysia di Kuala Tahan
titian kanopi



KEUNIKAN MALAYSIA

KEUNIKAN MALAYSIA


Malaysia ialah sebuah negara yang pesat membangun dan terkenal sebagai salah sebuah destinasi pelancongan dunia. Dari segi geografi, Malaysia terdiri daripada dua bahagian iaitu Semenanjung Malaysia dan Kepulauan Borneo yang dipisahkan oleh Laut China Selatan. 

Keunikan Malaysia terletak pada kepelbagaian kaum dan bangsa yang tinggal dalam suasana harmoni iaitu Melayu, Cina dan India. Manakala Kepulauan Borneo didiami oleh pelbagai kumpulan etnik peribumi antaranya etnik Kadazan dan Murut di Sabah, manakala etnik Iban, Bidayuh, Penan dan Senoi di Sarawak. 

Gabungan budaya dan kaum rakyat Malaysia menjadikan negara ini diwarnai oleh sambutan perayaan yang berbeza dan begitu meriah sepanjang tahun. Malah, Malaysia diibaratkan sebagai syurga makanan kerana setiap kaum mempunyai menu-menu tradisi yang enak lagi tersendiri. 

Tidak cukup dengan itu, Malaysia mempunyai banyak tarikan lain yang tiada tolok bandingnya. Antaranya ialah keunggulan landskap dan seni bina di negara ini seperti rumah kayu, bangunan pencakar langit dan juga kawasan percutian yang terdapat di kawasan pergunungan, pantai dan hutan paya bakau.


Permainan Tradisional Di Malaysia

Terdapat pelbagai permainan tradisional di malaysia yang menarik perhatian pelancong luar negara seperti CONGKAK

Peralatan yang digunakan untuk bermain congkak biasanya diperbuat daripada batang pokok kayu besar yang diukir sepertiperahuDisebelah hujungnya diukir bentuk kepala pelbagai haiwan seperti burung manakala dibahagian badan papan diukirdengan pelbagai ukiran MelayuLubang sebesar 9smgaris pusat dan 7smdalam ditebuk atas permukaan papan tersebut.Sekiranya permainan congkak di tanahlubang digali dan kemudian diletak tempurung kelapa supaya tangan tidak kotorterkena tanah.Lubang-lubang congkak dibuat dalam dua barisan selari antara satu sama lain yang disebut kampungPadapenghujung kampung terdapat sebuah lubang besar dan dalam dinamakan rumahJumlah kampung yang biasa terdapat padapapan congkak ialah limatujuh atau sembilan sebarisKampung-kampung ini diisikan dengan buah congkak sama banyak.



Permainan sepak raga wujud sejak 600 tahun laluPada zaman Kesultanan Melayu Melakaselain dimainkan oleh golonganbangsawanrakyat jelata juga menggemari permainan iniDalam sejarah Melayu menceritakan tentang Raja Muhammad,putera Sultan Mansor Shah Muhammad tertanggal tanjaknya akibat terkena bolaraga tendangan Tun Besar. Bola sepak raga di perbuat daripada bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapisDalampermainan sepak raga, beberapa pemain berdiri dan membentuk satu bulatanPermainan ini dimulakan dengan salah seorangpemain melambung bola kepada rakannya dengan tanganRakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali ataubeberapa kalisebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain- pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itumestilah 
bergilir- giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumiJika bola itu jatuhpermainan dalampusingan tersebut ditamatkan



Gasing dimainkan dengan dua caraiaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uriGasing pangkah,dimainkan denganmelemparkannya supaya mengetuk gasing lawanGasing uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing.Gasingpinang dimainkan oleh kanak- kanakBuah pinang mudadikupaskan sabut dan kulitnyadipangkaskan bahagian atas danbahagian bawahnyakemudian 
dicucukkan lidi buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing ituGasing ini boleh dilagakan atau diurikanUntuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan padajambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasingKemudian gasing itu 
dilemparkan ke atas tanah dan serentak denganitu tali yang melilit jambuhnya direnggut.

Teraju tiga sememangnya sinonim dengan wau, juga dikenali sebagai layang-layang di negeri-negeri sebelah pantai baratsemenanjung. Sebagai permainan masa lapang bagi kalangan rakyat
biasa dan golongan istana. Sejak zaman- berzaman sekitar kurun kelima belas, wau telah
dimainkan oleh orang Melayu. Mereka telah mempercayai ada kaitan di antara semangat angin danlangit.

Jenis Wau
Wau bulan
Berbagai jenis dan bentuk wau telah dicipta. Wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, waujala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah, wau barat dan yang sangatdigemari oleh orang Melayu ialah wau bulan.Rekacorak bermotifkan awan larat pada kebiasaannya adalah menghiasi kebanyakan wau yang dihasilkan dengan berwarna-warni. Kelantan dan Terengganu sehingga kini masih mengekalkan tradisi pembuatan wau yang menarik, selain dijadikan untuk permainan ianya juga sebagai hasil kraftangan dan hiasan dinding.

Bendera Malaysia Dan Maksudnya


  • Jalur Gemilang bercorak 14 garis (jalur) merah dan putih (melintang) yang sama lebar, dimana jumlah 13 melambangkan jumlah negara bagian atau persekutuan, yaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu
  • Bagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima melambangkan perpaduan rakyat Malaysia.
  • Bagian biru tua memuat gambar bulan sabit tanda Agama Islam - agama resmi Malaysia.
  • Bintang pecah 14 adalah tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang adalah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja


Bungga Terbesar Di Dunia Ter Dapat di Malaysia




Bunga Pakma atau Rafflesia merupakan genus sejenis tumbuhan berbunga dengan bunga yang besar, dan bunga Pakma spesies Rafflesia arnoldii merupakan yang terbesar di dunia dengan saiz 91 cm (3 kaki) diameter, 1.9 cm (3/4 inci) tebal dengan berat 7 kilogram (15 lbs). Bunga Pakma yang pertama telah direkodkan oleh Sir Stamford Raffles dan Dr Joseph Arnold pada tahun 1816. Bunga Pakma spesies itu diberi nama Rafflesia arnoldii sempena nama mereka. Bunga Pakma itu dijumpai di bandar Bengkulu (Bencoolen) di Sumatera. Bunga Pakma adalah bunga rasmi negara Indonesia dan juga negeri Sabah di Malaysia.



Rafflesia ialah tumbuhan yang aneh. Pada hakikatnya, apabila ia sudah kembang, ia mengeluarkan bau yang teramat busuk, dan tumbuhan ini juga agak berat. Tidak seperti tumbuhan lain, rafflesia tidak mempunyai daun untuk memproses karbon dioksida dan cahaya matahari bagi menghasilkan gula dan oksigen.
Rafflesia juga tidak mempunyai akar untuk menyerap air dan mineral dari tanah untuk diproses sebagai protein. Apa yang ada cumalah tisu-tisu yang kelihatan seperti tiub-tiub halus yang panjang memasuki tumbuhan perumah. Ini menunjukkan bahawa rafflesia adalah sejenis parasit di mana ia tidak perlu manghasilkan nutrisinya sendiri.



Tempat-tempat menarik di Malaysia

Terdapat beberapa tempat pelancongan antaranya ialah :

1. Kota A Famosa 



A Famosa merupakan nama kubu yang dibina oleh orang Portugis selepas menakluk Melaka pada 1511. Sebaik sahaja mereka menawan Melaka, Portugis menggunakan buruh paksa untuk membina kubu sementara bagi menangkis serangan orang-orang Melayu, sementara mereka membina kubu utama yang digelar "A Famosa", atau secara rasminya Kubu Melaka (Fortaleza de Malaca). Kota A Famosa mengambil masa selama 5 bulan untuk di bina. Akibat suhu panas terik dan kekurangan makanan, ramai buruh paksa yang mati ketika membina kota tersebut. Bahan bagi membina kota tersebut diambil dari runtuhan masjid dan bangunan lain.

Pembinaan kota A Famosa atas arahan Alfonso de Albuquerque boleh dikatakan menjadi lambang penentangan penduduk Melaka masa itu sehinggakan memaksa pihak Portugis membina kota pertahanan sebaik sahaja mereka menguasai bandar Melaka.
Kota A Famosa yang disiapkan mempunyai empat menara, atau ketelom (bastion), dengan tembok setebal 2.4 meter hingga 4.5 meter. Menara-menara tersebut dikenali sebagai Baluarte San Pedro, Baluerte de las Virgenes, Baluerte Madre de Dios, Baluerte Santo Domingo, dan Baluerte de Santiago. Menjelang tahun 1583, Melaka telah menjadi bandar berkota yang dilindungi dengan tujuh puluh meriam ke semua arah.



2. Gunung kinabalu
Gunung Kinabalu terletak didalam taman Kinabalu yang berada sejauh 80km timur dari kota kinabalu.gunung kinabalu mempunyai ketinggian 4,095 meter daripada aras laut, harga setiap tiket pelancong tempatan dewasa Rm10,00 dan kanak-kanak Rm3,00 Dan Pelancong asing dewasa Rm15,00 dan kanak-kanak Rm10,00 ringgit setiap seorang.

Gunung kinabalu mempunyaai kawasan hutan dipterokarp bukit, hutan dipterokarp atas hutan nontane dan hutan ericaceors.selain itu Gunung kinabalu juga kaya dengan spieses flora dan fauna yang jarang di temui di tempat-tempat lain,contohnya spises periuk kera yang terdapat di sana. Gunung Kinabalu merupakan lambang kemegahan kepada setiap penduduk yang tinggal di Sabah. Sesetengah penduduk menganggap Gunung Kinabalu ini merupakan gunung yang dapat memberikan semangat juang dan satu padu rakyat Sabah. Gunung Kinabalu banyak menyimpan cerita dan kisah-kisah yang misteri. Menurut kepercayaan masyararakat Kadazan Sabah, Gunung Kinabalu merupakan tempat bersemadinya semangat mereka selepas meninggal dunia.

3.Pulau Langkawi
Kepulauan Langkawi terdiri dari gugusan 99 buah pulau tropika di persisiran pantai barat laut Semanjung Malaysia ,kira-kira 30km dari Kuala Perlis dan 51km dari Kuala Kedah. Pulau yang di kenali ramai ialah Pulau Langkawi. Pulau Langkawi mempunyai warisan yang begitu unit dan penuh dengan cerita hikayat perwira,burung raksasa,dan puteri jelita dari kayangan.Langkawidianggap syurga tropika yang mekar dengan tumbuhan khatulistiwa dan didiami oleh habitat yang terpelihara. Langkawi wujud dengan tidak ada tolok bandingnya di antarakepulauan yang sedia ada di Asia Tenggara .
Dengan sejarah alamnya bermula dari 500 jutatahu dahulu,pulau ini terdiri dari rangkaian batu-batan yang unik dan merangsangkan imaginasi pengunjung dengan penuh tanda tanya. Gua-gua dihiasi indah oleh rangkaian 'stalaktit' dan 'stlagmit 'menjemput mereka yang berani untk menjelahi gua-gua tersebut.
Pantai di Langkawi yang bersih ,cuaca yang terang dan ceria sesuai untuk pecinta alam menikmati keindahan laut sambil bersantai dan menjalankan aktiviti sukan laut yang mengaksyikkan . Tasik Dayang Bunting terletak di sebelah selatan Pulau Langkawi ,di kelilingi oleh tumbuh-tumbuhan hijau ,merupakan tasik yang terbesar di Pulau Langkawi.
Bukit bukau dan gunung ganang di sekeliling tasik tersebut kelihatan seolah-olah sepeti tubuh seorang wanita hamil yang sedang berbaring (boleh anda perhatikan melalui island hopping)Tasik dan pulau ini mendapat nama dari kisah dongeng masa lalu .Lagenda ini bermula dengan percintaan puteri kayanganyang mengahwini putera bumi .Anak sulong puteri tersebut mati apabila di lahirkan.Maka dengan rasa sedih beliau telah mengebumikan mayat anaknya di tasik tersebut .Sebelum pulang kekayangan ,beliau berdoa melalui saat itu ,setiap wanita yang tidak mempunyai anak akan dikurniakan anak sekiranya mandi ditasik tersebut.


4.Bukit Bendera

Bukit Bendera merupakan sebuah kawasan Parlimen di negeri Pulau Pinang negara Malaysia. Negeri Pulau Pinang terletak diantara negeri Kedah dengan negeri Perak di utara Semenanjung Malaysia.
Berada pada ketinggian lapan ratus tiga puluh meter di atas Georgetow, puncak Bukit Bendera (Bahasa Inggeris: Penang Hill) mempunyai suhu yang dingin dan panorama yang mengasyikkan.
Secara umumnya, ia lima darjah Celsius lebih dingin daripada paras laut. Dari kemuncak, para pelancong boleh ada penglihatan yang menakjubkan ke bawah seluruh pulau bahkan juga ke tanah utama di seberang laut. Ia terdapat taman yang menyenangkan, pondok berfesyen tua, restoran dan penginapan, sebuah kuil Hindu, seta Masjid Muslim di puncaknya.
Bukit Pulau Pinang sebenarnya digelar Bukit Strawberi (Strawberry Hill) kerana ia juga merupakan pengeluar strawberi. Bentuk muka buminya dan suhu yang dingin amat sesuai bagi penanaman strawberi.
Rintisan yang mencapai kemuncaknya mudah melalui Taman Botanikal Air Terjun dengan jalan kaki. Nama rasmi bukit ini adalah Bukit Bendera Pulau Pinang (Flag Hill), namun ia tetap secara umumnya dipanggil Bukit Pulau Pinang.


5. Air Terjun Kota Tinggi

Air Terjun Kota Tinggi yang berketinggian 34 meter merupakan antara tempat pelancongan yang popular dikalangan pelancong tempatan dan luar negara. Keindahan dan kedinginan air yang datang dari atas gunung mendamaikan rasa para pengunjung. Terdapat beberapa buah chalet yang didirikan berhampiran dengan kawasan ini bagi memberi kemudahan kepada mereka yang ingin menginap serta menikmati keindahan waktu malam. Terdapat pelbagai restoran yang menyajikan hidangan makanan ala chinese dan barat serta gerai- gerai makanan yang lain. Selain daripada itu tapak perkemahan juga disediakan bagi mereka yang gemarkan dengan aktiviti perkhemahan


6.Tugu Negara

Tugu Negara dibina untuk memperingati askar-askar yang telah gugur dalam mempertahankan negara semasa zaman perang dan darurat pada tahun 1942-1960. Ia merupakan satu kumpulan tujuh patung atau lembaga gangsa, tiap-tiap satunya empat kali lebih besar daripada orang biasa terletak di atas satu asas yang bujur di tengah-tengah pulau dalam sebuah kolam. Pulau itu berbentuk bujur 130 kaki panjang dan 96 kaki lebar. Asas tugu mula dibina pada Januari 1963 yang disalut dengan batu pejal bergilap yang berwarna zamrud daripada Sweden yang panjangnya 30 kaki, lebarnya 24 kaki dan tingginya 11 kaki 41/2 inci. Perbelanjaan untuk membinanya adalah RM1.3 juta. Tugu Pahlawan ini merupakan tugu terbesar di Malaysia. Di sebelah selatan tembok asas tugu terukir di kiri kanan lambang itu, di mana sebelah kanan adalah tulisan jawi dalam Bahasa Melayu dan sebelah kiri tulisan rumi dalam Bahasa Inggeris.

Patung-patung gangsa ini mewakili pelbagai Cawangan Pasukan Keselamatan, semuanya memakai pakaian seragam semasa dalam perang. Lima daripada lembaga menggambarkan Pasukan Keselamatan yang beroleh kemenangan. Lembaga yang di atas sekali, satu-satunya yang tiada senjata memegang sebatang tiang bendera yang di hujungnya berkibar bendera Malaysia. Upacara menaikkan bendera diadakan setiap hari di mana tiga orang anggota angkatan tentera meniup bagol lagu Last Post sambil seorang askar akan menaikkan bendera perlahan-lahan. Pada sebelah petang upacara yang sama dilakukan untuk menurunkan bendera itu. Di bawah sekali terdapat dua lembaga terbaring iaitu melambangkan mayat dua orang
pengganas komunis. 



7.Gua Tempurung

Gua Tempurung ialah sebuah gua batu kapur yang terletak di Gopeng, Perak. Namanya diambil sempena bentuknya seperti tempurung kelapa. Panjang gua ini mencapai 1.9 km dan dipercayai telah wujud sejak 8000 SM lagi.

Gua Tempurung di Gopeng, Perak
Gua Tempurung terdiri daripada lima kubah besar yang silingnya menyerupai tempurung kelapa, dengan setiap kubah mempunyai bentuk stalagmit dan stalaktit yang berbeza. Selain itu, setiap kubah berbeza dari segi suhu, aras ais, dan kandungan batu kapur dan marmar.
Dipertengahan gua ini terdapat satu stalagmit yang berbentuk seperti gergasi.Memandangkan gua ini menjadi tumpuan pelancong, kerajaan negeri Perak telah memelihara dan memulihara kawasan gua ini supaya lebih menarik dan mesra pelancong. Gua gua kini dilengkapi lampu , tangga dan titi serta kemudahan awam lain turut disediakan. Bagi mereka yang suka aktiviti lasak, acara meredah sungai dalam gua turut diadakan.
Selain menyimpan khazanah alam, gua ini turut tertulis dalam sejarah Malaysia. Gua ini menjadi tempat persembunyian komunis pada masa dahulu daripada 1950 hingga 1960. Manakala semenjak daripada tahun 1970, Gua Tempurung telah dijadikan lombong bijih timah.



8.Gua Niah


Gua Niah merupakan sebuah gua yang terbesar di Malaysia dan penuh dengan sejarah. Ia juga merupakan antara gua batu kapur yang terbesar di dunia. Terletak kira-kira 90 kilometer atau 1 1/2 jam dari Miri, Sarawak, gua ini menunjukkan bukti kehidupan awal manusia di daerah ini.
Gua Niah juga merupakan salah satu gua tertua di dunia dan telah diwartakan sebagai tapak bersejarah di bawah kuasa Muzium Sarawak. Gua Niah terbentuk sebagai terumbu karang pada akhir Miocene sebelum pergerakan bumi yang mengangkatnya dan dihakis membentuk gua. Gua Niah seluas 12 hektar dan kawasan dalam gua dianggarkan tiga kali padang bola sepak. Selain pintu masuk utama Gua Niah, terdapat 5 bukaan lain dengan kamar dibelakangnya. Ia dikenali sebagai Mulut Besar, Lubang Tulang, Lubang Hangus, Gan Kira dan Lubang Tahi Menimbun.


9.Gunung Tahan
*1875 - Rakyat Eropah pertama mengetahui kewujudan Gunung Tahan ialah penjelajah Russia, Baron Von Mikluho-Maclay yang mengesan dari jarak Kampung Penghulu Gedong, Kelantan. Beliau melihat sebuah gunung yang menakjubkan (Skinner, 1878).
*1880 - Terdapat dua ekspedisi awal yang dihantar oleh Sultan Pahang iaitu Sultan Ahmad bertujuan mencari Batu Hikmat yang dipercayai terletak di puncak. Kisah hikayat Orang Asli mendakwa ada monyet sebesar badak sumbu menjaga dua kendi mengandungi ibu emas dan ibu perak. Satu percubaan pergi ke kawasan itu melalui Teko Gorge sepanjang 1,000 meter kerana laluan itu dianggap paling mudah ke puncak, tetapi kedua-dua ekspedisi gagal kerana tebing tinggi dan curam.
*1884 - Residen Perak, Frank Swettenham dalam lawatannya ke Kuala Kangsar pernah menggunakan teropong besar dan melaporkan telah melihat sebuah gunung yang tinggi di kawasan pedalaman Tanah Melayu.
*1893 - H M Becher, seorang lagi individu yang dikatakan sedang memeriksa daerah itu memutuskan untuk berkhemah di atas sebuah pulau (beting pasir) yang terletak di tengah sungai Tahan. Becher mengabaikan nasihat penduduk tempatan yang mengatakan kawasan itu tidak selamat kerana sering dinaiki air. Ketika air pasang, beliau hilang selepas terjatuh ke dalam sungai ketika sampan yang dinaikinya karam.
*1890 - Ekspedisi diketuai H N Ridley hanya mampu melepasi beberapa kilometer ke hulu Kuala Tahan.
*1898 - W W Skeat adalah orang pertama yang berjaya menerokai lebih jauh dari kawasan tanah pamah. Kumpulan ekspedisi ini menanam benih durian dan rambutan di beberapa tempat di sepanjang Sungai Tahan serta terserempak dengan seekor badak. Beliau mendaki ke tempat yang kini dikenali sebagai Gunung Pankin (ketinggian 1,463 meter) dan memacak bendera menggunakan kain batik dipercayai milik seorang peserta ekspedisi.
*1902 - Seorang ahli alam semula jadi, Waterstad mengetuai ekspedisi yang mengisytiharkan bahawa beliau sampai ke Banjaran Tahan, namun keterangannya amat berbeza dengan keadaan sebenar di kawasan berkenaan.
*1905 - Ekspedisi Robinson, mereka memulakan perjalanan dengan menaiki bot pada pagi 17 Mei 1905 ke Kuala Tembeling menuju ke Kuala Tahan. Empat pembantu Robinson berbangsa Melayu iaitu Che Nik, Mumin, Mat Aris dan Bulang adalah orang pertama tiba di puncak Gunung Tahan pada jam 10.15 pagi 16 Julai 1905, iaitu selepas dua bulan mendaki dari Kuala Tahan (Scrivenor 1912).
*1906 - Jabatan Bancian mendirikan survey beacon dan kepingan besi serta menandakan ketinggian puncak gunung iaitu 7,059 kaki.
*1912 - Ketinggian Gunung Tahan disahkan pada 7,186 kaki oleh Scrivenor, namun kini disahkan dengan peralatan yang lebih moden pada ketinggian 7,182 kaki.



Keunikan kawasan pelancongan


Pelancongan merupakan industri perkhidmatan utama yang kian berkembang maju dan mendatang kan keuntungan besar dalam bentuk tukaran wang asing serta memasyhurkan malaysia di mata dunia, Potensi industri pelancongan juga sebagai penjana ekonomi baru negara hanya dapat di realisasi kan jika usaha-usaha memajukan dan membangunkan industri pelancongan di beri penekanan yang sewajarnya.





Keunikan Kaum Satu Kekuatan Transfarmasi Negara



Keunikan kaum yang berbagai di Malaysia menjadi satu teladan kepada seluruh dunia, Dimana kaum yang terdapat hidup bersatu padu dan aman damai. Adat yang merangkumi seluruh aspek bermula dari kelahiran,Perkahwinan sehinggalah kematian terdapat di dalam hidup yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat yang dapat menggambarkan corak budaya masyarakat tersebut. Antara kaum yang terdapat di Malaysia adalah masyarakat melayu, masyarakat cina, masyarakat india,,masyarakat etnik sarawak,masyarakat etnik sabah dan masyarakat orang asli.



Baju Melayu yang biasa di pakai di Malaysia dan negara serantau biasanya terbahagi kepada dua, iaitu baju Melayu potongan Teluk Belanga dan potongan Cekak Musang. Baju Melayu Teluk belanga biasanya lebih terkenal di selatan Malaysia sementara potongan Cekak Musang di kawasan tengah dan utara Malaysia. Potongan tersebut merujuk kepada cara jahitan pada leher baju tersebut, potongan Cekak Musang berbentuk seperti leher baju India hanya bahagian penutup atau rumah butangnya bertindan. Sementara potongan Teluk Belanga pula bahagian lehernya hanya di jahit secara sulaman. Terdapat berbagai bentuk sulaman yang dipadankan seperti Mata Lalat, Tulang Belut dan sebagainya.


Sari merupakan pakaian untuk kaum perempuan dan ia adalah pakaian seharian dan turut dipakai pada musim perayaan. Sari terdiri daripada lembaran kain yang berukuran semeter hingga dua meter lebar dan panjangnya pula antara lima hingga lima belas meter mengikut saiz pemakai. Kebanyakan kain sati adalah jarang dan lembut. Sebelum memakai sari, Si pemakai perlu memakai anak baju yang ketat dan singkat. Kemudian sati dililit dari pinggan dan diselempang pada bahu kiri. Lilitan pinggang sebanyak tiga hingga lima kali untuk menguatkan lilitan supaya tidak terurai.



Samfoo membawa maksud 'baju dan seluar' dalam dialek Kantonis. Ia merupakan pakaian harian wanita keturunan Cina selain dari 'cheong sam'. Ia digemari oleh wanita-wanita separuh umur dan yang bekerja di ladang, lombong atau di rumah. Samfoo diperbuat daripada kain nipis yang tidak bercorak atau berbunga halus.
Samfoo turut dipakai oleh lelaki berketurunan Cina tetapi mempunyai sedikit perbezaan dengan samfoo yang dipakai oleh wanita Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar seperti seluar baju Melayu. Pakaian ini biasanya diperbuat daripada kain lembut seperti kain sutera. Pakaian tradisional ini jarang sekali dipakai oleh lelaki berketurunan Cina di Malaysia.

Wanita Iban memakai kain sarung yang dipanggil bidang. Kain sarung ini sempit dan panjangnya cuma lebih kurang separas lutut. Biasanya bidang diperbuat daripada sebidang kian yang berukuran 110 cm x 60 cm dan terdiri daripada dua bidang kain seumpamanya yang dicantumkan. Bidang yang digunakan sebagai pakaian harian tidak banyak reka coraknya. Kebiasaannya bidang ini hanya dihias oleh reka corak jalur-jaluran yang bewarna-warni. Bidang yang dipakai ketika upacara tertentu @ sebarang perayaan pula dihiasi oleh pelbagai reka corak geometrik dan diwarnakan dengan warna merah bata dan kekuning-kuningan. Malah ada diantara bidang tersebut yang dihiasi dengan reka corak bermotif tradisional yang disongketkan dengan benang emas atau perak di atas kain dasar yang bewarna merah.


selain di sarawak, terdapat juga suku kaum yang tinggal di sabah yang mempunyai bermacam etnik.antara nya ialah dusun kadazan, murut,dan juga bajau.contoh pakaian dusun kadazan


suku kaum murut merupakan salah satu suku kaum yang terdapat disabah