Taman Negara, Pahang
Taman Negara (National Park) adalah Cagar Alam resmi tertua di negeri ini, dan dahulu bernama King George V National Park. Diputuskan pada tahun 1938 oleh Sultan Kelantan, Pahang dan Terengganu (saat Perayaan Perak Raja George), kemudian tempat ini ditetapkan untuk melindungi alam asli sampai selama-lamanya. Taman ini kemudian dinamakan Taman Negara setelah kemerdekaan Malaysia pada tahun 1957.
Kegiatan paling populer di Taman Negara adalah berlayar dan trekking ke hutan. Jalur bernama titian kanopi atau 'canopy walk' wajib Anda lihat, karena menawarkan pemandangan dari dekat yang sangat fantastis ke aktivitas di kanopi hutan ini. Tempat pengamatan yang tersembunyi juga merupakan cara yang bagus untuk melihat margasatwa liar. Pondok-pondok sederhana yang dibangun tinggi di atas tanah memungkinkan tamu untuk bermalam, untuk mendapat kesempatan melihat berbagai satwa di habitat alami mereka. Jelajah gua juga tersedia, baik dengan perahu maupun jalan kaki.
Taman Negara ini merupakan salah satu hutan hujan tertua di dunia, diperkirakan telah berumur 130 juta tahun. Keanekaragaman dan berlimpahnya alam di sini sangat fenomenal, menjadikannya salah satu ekosistem yang terkaya sekaligus paling kompleks di dunia
Taman Negara terletak di antara sempadan 3 negeri iaitu Pahang, Terengganu, dan Kelantan, yang mana masing-masing memiliki kawasan milik sendiri. Taman Negara Pahang merupakan yang terbesar dengan keluasan 2,477 km², diikuti oleh Taman Negara Kelantan seluas 1,043 km², dan Taman Negara Terengganu seluas 853 km².
Taman ini menjadi sebuah destinasi eko-pelancongan terkenal di Malaysia. Terdapat banyak daya tarikan dari segi geologikal dan biologikal di taman ini. Gunung Tahan merupakan titik tertinggi di Semenanjung Malaysia terletak di Taman Negara, pendaki boleh menggunakanKuala Tahan atau Merapoh sebagai titik permulaan ekspedisi pendakian itu. Taman Negara mempunyai banyak haiwan mamalia yang jarang ditemui dan semakin pupus seperti harimau, tenuk,gajah, rusa, babi hutan, pelanduk, dan seladang. Sungai Tahan menjadi kawasan habitat kepada Ikan Kelah, sejenis ikan pertandingan.
Daya tarikan lain boleh ditemui di Kuala Tahan (tempat utama Taman Negara di Pahang) termasuk laluan kanopi, Gua Telinga, dan Lata Berkoh. Pengunjung dapat menikmati keindahan hutan hujan tropika, kicauan burung, ataupun merentas hutan (contoh: Tenor Rintis) dan pemandangan sungai ketika melalui Sungai Tahan.
Semua pengunjung mesti mendapatkan kebenaran/permit daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara sebelum menjejakkan kaki ke Taman Negara. Terdapat banyak hostel dan hotel di taman ini.
Pelancong ke Taman Negara juga boleh memilih untuk menyertai aktiviti memancing terutamanya di Lata Berkoh dan Sungai Kenyam. Terdapat 300 spesies ikan terutamanya dari keluarga kap seperti ikan kelisa, ikan kelah, dan lain-lain lagi banyak terdapat di sungai-sungai di Taman Negara. Pelancong juga boleh menyewa bot untuk aktiviti memancing dan sukan air.
Pintu masuk ke Taman Negara Malaysia di Kuala Tahan |
titian kanopi |
No comments:
Post a Comment