Tuesday, July 30, 2013

NEGARA MALAYSIA





MALAYSIA 

Berkas:Malaysia states named.png

Malaysia mempunyai 13 buah negeri yang merangkumi 11 negeri di Semenanjung Malaysia dan 2 negeri di Kepulauan Borneo. Ibu Negara Malaysia ialah Kuala Lumpur. Putrajaya ialah Pusat Pentadbiran Kerajaan yang baru. Nilai matawang Malaysia ialah Ringgit Malaysia (RM).
Malaysia mengalami iklim Khatulistiwa, iaitu panas dan lembab sepanjang tahun dengan suhu di antara 21 sehingga 32°C. iklim Negara ini dipengaruhi oleh Monson Timur Laut dan Barat Daya. Taburan hujan tahunan di Malaysia dianggarkan sehingga 267cm3.
Bendera negara Malaysia
Orang Melayu dan Orang Asli mempolopori 60% daripada jumlah populasi keseluruhan di Malaysia. Masyarakat China dan India pula, masing-masing adalah sebanyak 30% dan 8%. Selebihnya adalah kaum lain-lain seperti iban, kadazan dan sebagainya. Agama rasmi Malaysia ialah Islam, namun penganut agama lain bebas mempraktikkan ajaran masing-masing. Bahasa Malaysia ialah bahasa rasmi kebangsaan tetapi Bahasa Inggeris diguna dengan meluasnya. Selain itu, Bahasa Tamil, Mandarin dan Punjabi juga digunakan di Malaysia.



Ketika akhir abad ke 18 dan 19, British telah menubuhkan jajahan dan naungannya di kawasan Malaysia pada masa ini, kawasan ini dahulunya didiami oleh Jepun daripada tahun 1942 sehinggalah tahun 1945. Pada tahun 1948, British telah memerintah Semenanjung Malaysia kecuali Singapura yang telah membentuk Persekutuan Malaya yang telah mencapai kemerdekaan pada 1957. Malaysia telah dibentuk pada tahun 1963 apabila bekas jajahan British Singapura, dan juga bahagian utara Borneo Sabah dan Sarawak menyertai Persekutuan. 

Tahun-tahun pertama kemerdekaan negara dicemari dengan insurgensi komunis, konfrontasi Indonesia dengan Malaysia, Filipina meminta hak ke atas Sabah dan pemisahan Singapura daripada Persekutuan pada tahun 1965. Selama 22 tahun pemerintahan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir bin Mohamad(1981-2003), Malaysia telah pun  berkembang maju dengan kepelbagaian ekonomi daripada hasil eksport bahan-bahan mentah sehinggalah kepada kemajuan pengeluaran, perkhidmatan dan perlancongan. Perdana Menteri Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak yang memulakan perkhidmatan sejak April 2009) telah meneruskan dasar pro-perniagaan.



Sejarah
                                                                                  Benteng A Famosa di Melaka. Bangunan itu didirikan                                                                               oleh bangsa Portugis pada abad ke-15


Terdapat bukti petempatan awal manusia di Malaysia sejak lebih kurang 40,000 tahun lalu. Manusia pertama sekali yang menduduki Semenanjung Melayu mungkin ialah kaum Negrito. Semenanjung Melayu dikenali sebagai "Semenanjung Emas" oleh tamadun India purba (Suvarnadvipa) dan juga peta dunia Ptolemy (Chersonesus Aurea atau Semenanjung Kencana). Semenanjung Melayu menyambut pedagang dan penghuni dari India dan China seawal-awal abad pertama Masihi, di mana mereka membuka pelabuhan dan bandar di kawasan itu pada abad ke-2 dan ke-3 M. India dan China membawa pengaruh besar kepada kebudayaan setempat. Pada awal alaf pertama, para penduduk Semenanjung Melayu menganut agama Hindu dan Buddha dari India serta meminjam sistem tulisan Sanskrit. Dari abad ke-7 hingga ke-13, kebanyakan kawasan Semenanjung Melayu ditakluki oleh empayar Srivijaya yang beribu kota di Palembang di pulau Sumatera.
Setelah kejatuhan Srivijaya, giliran empayar Majapahit yang berpangkalan di Jawa pula yang mempengaruhi kawasan-kawasan Indonesia, Semenanjung Malaysia, dan pesisiran Pulau Borneo. Pada awal abad ke-15, Parameswara, seorang putera dari bekas kerajaan Srivijaya, mengasaskan sebuah negeri baru yang dikenali sebagai Melaka. Kemudian, Parameswara memeluk agama Islam, maka orang Melayu beramai-ramai pun memeluk agama Islam pada abad ke-15. Pada zaman ini, Melaka menjadi sebuah pusat perdagangan tersohor yang menarik ramai pedagang dan saudagar dari seluruh rantau.

Pecahan Sempadan (Subdivisi)
Malaysia terbahagi kepada 13 negeri dan tiga wilayah persekutuan, iaitu 11 negeri dan dua wilayah persekutuan di Semenanjung Malaysia, dan dua negeri dan satu wilayah persekutuan lagi di Malaysia Timur. Memandangkan Malaysia adalah sebuah persekutuan, pentadbiran negeri diagihkan antara kerajaan persekutuan dan negeri, manakala wilayah persekutuan ditadbir secara terus oleh kerajaan Persekutuan.
13 negeri ini berasaskan Kerajaan-Kerajaan Melayu bersejarah, dan setiap negeri dibahagikan lagi kepada daerah (atau jajahan di Kelantan, dan bahagian di Sabah dan Sarawak), kemudian dibahagikan lagi kepada mukim. Sembilan Negeri Melayu mengekalkan kerabat diraja masing-masing. Yang di-Pertuan Agong dipilih (secara bergilir-gilir) dari kalangan sembilan Raja Melayu untuk penggal lima tahun. Setiap negeri ada sebuah Dewan Undangan Negeri. Negeri Sabah dan Sarawak di Malaysia Timur mengamalkan dasar dan kawal selia imigresen berasingan serta status kediaman yang tersendiri. Visa diperlukan untuk perjalanan antara kedua-dua negeri ini, ataupun antara Malaysia Timur dengan semenanjung.

 Infrastruktur


Infrastruktur di Malaysia merupakan yang paling maju di Asia. Rangkaian telekomunikasi adalah yang kedua terbaik selepas Singapura di Asia Tenggara, dengan 4.7 juta pelanggan talian tetap dan lebih 30 juta pelanggan selular. Negara juga mempunyai tujuh pelabuhan antarabangsa dan pelabuhan yang paling utama adalah Pelabuhan Klang. Terdapat 200 taman industri yang khusus seperti Taman Teknologi Malaysia dan Kulim Hi-Tech Park. Bekalan air bersih juga tersedia untuk lebih 95 peratus populasi penduduk. Sewaktu zaman penjajahan, pembangunan hanya tertumpu kepada bandar-bandar yang mempunyai kuasa ekonomi yang tinggi. Walaupun kawasan luar bandar juga turut diberi focus di dalam pembangunan, mereka masih ketinggalan contohnya seperti di Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Rangkaian telekomunikasi walaupun kuat di kawasan bandar, tetapi ianya kurang di kawasan luar bandar.

Demografi
Kependudukan Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik, yang mana majoriti 50.4% merupakan orang Melayu dan 11% adalah kaum bumiputera lain. Perlembagaan negara menetapkan bahawa orang Melayu adalah umat Islam yang mengamalkan adat dan kebudayaan Melayu. Taraf bumiputera turut diberi kepada sesetengah orang asli bukan Melayu tertentu, termasuk etnik Thai, Khmer, Cham dan peribumi Sabah dan Sarawak. Lebih separuh penduduk Sarawak adalah bumiputera bukan Melayu (yang mana 30% adalah Iban); begitu juga dengan 60% penduduk Sabah (yang mana 18% adalah Kadazan-Dusun, dan 17% adalah Bajau). Wujudnya juga kelompok-kelompok peribumi kecil di semenanjung yang dikenali sama sekali sebagai Orang Asli.

Budaya
Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum, budaya dan bahasa. Orang Melayu merupakan komuniti terbesar yang memainkan peranan terpenting dalam politik negara. Bahasa Melayu (Bahasa Malaysia), merupakan bahasa utama negara ini. Rakyat berketurunan Minangkabau, Bugis dan Jawa boleh digolongkan sebagai "Melayu" mengikut takrifan perlembagaan, tetapi juga boleh bertutur dalam bahasa ibunda masing-masing. Bahasa Inggeris juga meluas di kawasan bandaraya utama. Mengikut perlembagaan, semua orang Melayu beragama Islam, namun budaya Melayu memperlihatkan pengaruh kuat dari agama Hindu, Buddha dan animisme, tetapi semua ini telah diketepikan atau diharamkan sejak pergerakan pengislaman pada 1980-an dan 1990-an. Memandangkan sesiapa sahaja umat Islam yang berbahasa Melayu menikmati keistimewaan bumiputera, ramai umat Islam bukan Melayu mengamalkan bahasa, adat dan pemakaian Melayu akhir-akhir ini, terutamanya kaum India Muslim di Semenanjung dan Kadazan di Borneo.

Bahasa
Bahasa rasmi Malaysia dikenali sebagai Bahasa Malaysia, iaitu bahasa Melayu dalam bentuk yang piawai. Bahasa Inggeris pernah dijadikan bahasa pentadbiran negara de facto untuk suatu ketika dahulu, dan masih kekal sebagai bahasa kedua yang kukuh dalam sesetengah masyarakat Malaysia di samping menjadi matapelajaran wajib di sekolah awam. Penggunaan bahasa Inggeris di Malaysia berasal dari bahasa Inggeris British, dan banyak digunakan secara meluas dalam bidang perniagaan. Sesetengah rakyat Malaysia cenderung bertutur dalam bahasa rojak atau Manglish, iaitu campuran pelbagai bahasa di Malaysia. Ramai rakyat Malaysia yang fasih berbahasa Inggeris, walaupun sekadar dalam bentuk 'Manglish'. Kerajaan Malaysia menegah penggunaan bahasa rojak dan Manglish.
Rakyat Malaysia bertutur dalam sejumlah 137 bahasa hidup, yang mana 41 daripadanya dipertuturkan di Semenanjung. Kaum peribumi Malaysia Timur bertutur dalam bahasa tersendiri yang ada hubungan tetapi berbeza sekali dengan bahasa Melayu.Bahasa Iban ialah bahasa etnik utama di Sarawak manakala bahasa Dusun menjadi bahasa asli utama di Sabah.
Bahasa Tamil merupakan bahasa utama masyarakat India di Malaysia. Kaum Cina pula bertutur dalam pelbagai loghat selatan China, seperti bahasa Hokkien, Hakka, Kantonis, Teochew, Fuchow dan Hainan.

Agama
Perlembagaan Malaysia menjamin kebebasan beragama, sungguhpun Islam selaku agama yang paling ramai penganutnya merupakan agama rasmi Malaysia. Menurut perangkaan Banci Penduduk dan Perumahan 2000, kira-kira 60.4% penduduk menganut agama Islam; 19.2% Buddha; 9.1% Kristian; 6.3% Hindu; dan 2.6% yang lain mengamalkan Konfusianisme, Taoisme dan agama Cina tradisional yang lain. Yang selebihnya dikira menganut kepercayaan animisme, agama rakyat, dan Sikhisme, melainkan 0.9% yang tidak beragama atau tidak memberikan maklumat.
Semua orang Melayu dikira beragama Islam mengikut Perkara 160 Perlembagaan Malaysia. Menurut statistik Banci 2000, 75.9% orang Cina mengaku beragama Buddha, diikuti ramai penganut Taoisme (10.6%) dan Kristian (9.6%), di samping sebilangan kecil Hui-Muslim di tempat-tempat tertentu seperti Pulau Pinang.[115] Majoriti orang India Malaysia beragama Hindu (84.5%), diikuti ramai penganut Kristian (7.7%) dan Islam (3.8%), lebih 150,000 beragama Sikh, dan 1,000 penganut Jain. Kristian merupakan agama utama masyarakat Bumiputera bukan Melayu (50.1%), di samping 36.3% lagi umat Islam dan 7.3% pengikut agama tradisional.





Mengenai Malaysia
Kenali Malaysia, cintai Malaysia. Sebuah negara berbilang kaum dan bangsa di mana masyarakat Melayu, India, Cina serta pelbagai kumpulan etnik yang lain hidup bersama dalam aman dan harmoni.

Kepelbagaian budaya bukan saja menjadikan Malaysia syurga makanan, ia juga menjadikan Malaysia sebuah negara yang mempunyai ratusan perayaan yang berwarna-warni. Tidak hairanlah mengapa kita gemarkan perayaan dan kehidupan bermasyarakat. Rakyat Malaysia sememangnya mesra dan peramah.

Malaysia mempunyai kepelbagaian dari segi geografi sepertimana budayanya juga. Malaysia dibahagikan kepada 13 negeri dan 3 Wilayah Persekutuan, dipisahkan oleh Laut China Selatan dengan 11 negeri dan 2 wilayah persekutuan (Kuala Lumpur dan Putrajaya) di Semenanjung Malaysia dan dua negeri dan 1 wilayah persekutuan (Labuan) di Malaysia Timur.

Salah satu tarikan utama Malaysia adalah perbezaan dari segi pembangunannya yang ketara. Menara tinggi melangit membayangi rumah kayu yang dibina di atas tiang. Hotel bertaraf lima bintang berada beberapa meter sahaja daripada terumbu karang purba. Tempat tersorok yang hebat boleh dijumpai di tanah tinggi yang turun menghala ke pantai berpasir hangat serta paya bakau yang padat dan lembap.

No comments:

Post a Comment